Salam ceria,
Pagi ini saya gagahkan kaki juga untuk ke Pejabat Veterinar KB bagi memenuhi tuntutan LI. Sebelum itu sempat juga menonton sejenat motivasi pagi di tv 3.Nak tahu tajuknya ap?...20 Tips Menggoda suami la lebih kurang. Belek sahaja tv 9 ada juga program yang jarang saya lihat Tanya Ustaz.
Dalam program TV9 itu, seorang jiran prihatin menceritakan kisah jirannya yang juga seorang ibu kepada manusia bergelar `orang besar`. Orang ini bukan sahaja berjaya dalam akademik bahkan boleh dikatakan professional dan berkeluarga. Nak tahu apa yang diucapnya kepada maknya?
Mak saya sudah mati. Menitis air mata ibu yang membesarkan orang ini dengan susah payah tanpa bantuan seorang insan bernama suami yang telah meninggal ketika orang besar ini berusia 4 tahun. Walaupun kadang-kadang pertelingkahan berlaku antara kita dan orang tua kita..ingat adab-adab perlu kita jaga.
Bayangkan bila anda berada di tempat ibu itu. Atas keringat ibu ini lah kau membesar sehingga kau bergelar orang professional tapi kau derhaka padanya.Mana pergi kuasa CINTA yang mak tanamkan di jiwa mu.Adakah cinta yang mak berikan...kau membalasnya dengan herdik dek kerana mak seorang yang miskin?Ego kau!
Sedih bila kuasa cinta yang diberikan oleh ibu dan ayah ..tapi kau balasnya dengan bahasa herdik dan maki hamun.
Kita hanya punyai seorang sahaja Ibu dan seorang ayah di dunia ini.Hargailah mereka. Kadang-kadang mungkin ibu dan ayah tidak sefahaman dengan anak tapi ingatlah walau sejahat mana pun mereka atau seburuk manapun mereka dan walaupun mereka berbeza dengan kita disudut fikrah tapi MEREKA IBU BAPA KITA!
Masalah pergaduhan atau pertelingkahan berlaku bukan sahaja dengan ibubapa dan anak.Bahkan dengan adik beradik sendiri pun.Betul tak?
Tapi sedarlah.Mereka juga darah daging kita.Saya punyai seorang sahabat di kampus.Beliau merupakan orang hebat.Kalau bab speech dan apa tentang dakwah islam memang dialah pakarnya.Tapi kadang-kadang sikap garangnya menyebabkan adik-adik takut untuk meluahkan perasaan dan masalah mereka.Cinta adik-adik terhadapnya saya kira cukup tipis.
Lalu dia melakukan transformasi besar-besaran dalam diri dengan mula `caring` terhadap adik-adik.Tak sampai seminggu terus segalanya berubah.Kini dia pula menjadi tempat adik-adik bertanya masalah dan pandangan serta nasihat.Begitulah kuasa CINTA atau kasih sayang adik beradik orang kata...
Moga-moga kita juga punyai kuasa itu..Amin
salam..
ReplyDeletesaya juga menonton rancangan tersebut. satu rancangan yang sesuai sekali ditonton selepas Subuh. "anak derhaka" merupakan satu ungkapan yang sinonim dalam masyarakat kita. inilah yang berlaku bila dunia di penghujung hayatnya. mereka lupa kali bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa atau sememangnya mereka tidak ambil kesah.
erm
ReplyDeletesemua aku stuju
mama n bapak satu2nya insan paling berhrga dlm hdup aku:-)
nice writing
keep it up
salam...tak nak share salah satu drpd 20 tips? huhu
ReplyDeletePost a Comment