Ini kisah seorang Lelaki

Garis tua lelaki ini menceritakan betapa penat dan lelah masa silammu


Salam ceria,


Ini kisah seorang lelaki tua.Hidupnya penuh ranjau.Berbapakan seorang pengayuh beca yang sudah dimamah usia. Dia hidup sebagai pelajar juga sebagai pekerja.Dari buruh dia berkerja sehinggalah terpaksa mengambil beberapa peperiksaan penting untuk menebus maruah keluarga.Anak kampung dahulunya memang jarang yang dapat melangkah ke menara gading begitu juga dirinya.


Di suatu waktu, dia dipertemukan dengan seorang gadis universiti kebangsaan malaysia (ukm).Gadis itu dilamarnya lalu dijadikan isteri yang menjadi peneman hingga ke saat ini. Dia yang dahulunya masih sebagai buruh bertukar kerjaya kepada pegawai perhilitan dan kemudiannya Allah Maha Esa memberikan rezeki lebih dengan penukaran kerjanya ke Jabatan Ukur. Disitu lahirnya seorang manusia yang masih bertatih mencari sedikit bekalan hidup.


Dia...seorang tekun dan rajin. Setiap pagi diwajibkan untuk anak-anaknya membaca Al quran dirinya tidak terkecuali.Surah kelaziman disetiap paginya adalah Al Waqiah...Tidak dibenarkan tidur selepas subuh. Sebelah malamnya, dia menyumbangkan sedikit tenaga sendiri dengan bantuan ummi untuk mengajar anaknya mengaji Al quran.Semua ini dilakukannya sukarela tapi dengan berhukumkan WAJIB terhadap anaknya. Selepas selesai mengaji ,anaknya diwajibkan membuat Matematik sehingga selesai beberapa muka surat.


Kini,bila sudah lama masa berputar, siang berganti malam, dia tetap seperti dulu..tapi sedikit berubah.Semakin ceria dan semakin baik hati... Setiap doa yang diucapkan setiap selepas solat jemaah secara keluarga cukup menyebabkan hati bergegar.


"Ya Allah berikanlah anakku fulan, fulan dan fualanah cemerlang dalam bidang masing-masing di universit masing2" Itu ungkapan keramat yang sentiasa diulang 5 kali sehari.Semua anak nya yang 8 disebut satu persatu.Anak mana yang tidak tersentuh.




Setiap kali diakhir semester, pasti satu mesej masuk ke peti-peti mail sms anaknya.Bertanyakan bila exam akan tiba.Maka semua anaknya akan menghantarkan jadual masing-masing berserta tarikh dan masa.


Diwaktu anak-anaknya melaksanakan exam..maka dia sibuk mendekatkan diri dengan Allah dalam solat hajatnya memohon Allah tuhan Yang Maha Menolong mengasihi dan mempermudahkan setiap urusan anaknya.Tugasnya sudah selesai..maka tugas anaknya pula penentu kejayaan dengan usaha masing-masing.


Sebelum fajar naik menyinsing pagi, sebelum subuh mengetuk pintu mereka yang beriman.. kelihatan bilik solatnya sudah terang...diterangi lampu kalimantaN.Kelihatan dia sibuk dengan solat tahajudnya.


Dia bukan ulama..dia bukan pelajar sekolah agama..apatah lagi pelajar pondok...dia bukan orang besar..dia bukan YB-YB ..dia bukan pegawai atau tuan pengarah ofis-ofis mewah diibu kota...


Tapi dia seorang ayah kampung ..seorang abah yang waktu paginya di pejabat biasa, waktu petangnya mengopek kelapa..waktu malamnya di masjid kampung dan sebelum subuhnya ditikar sejadah..Dialah abah ku.Moga Allah merahmati mu.Moga bapa-bapa dan abah-abah diluar sana...tiru macam abah ku..moga yang bakal bergelar abah atau abi atau abuya didik lah anakmu seperti kau menatang minyak yang penuh.Penuhkan dada mereka dengan Ilmu islam.


Kerana itu akan menjadikan diri anakmu kuat.Terima kasih seluruh bapa didunia...Terima kasih abah walaupun kau tak membaca karya ku..Tapi ku suratkan untuk menjadi tontonan dan iktibar bagi mereka yang mencari erti nilai dalam kehidupan. Semoga kau bahagia dan terus doakan kami anakmu yang sering lalai.


SELAMAT HARI BAPA.

2 Comments

  1. bertuah memiliki bapa seperti ini...

    ReplyDelete
  2. tq.moga bapa2 dan bakal bapa lain lebih baik dr bapa saya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post