Awas pelajar universiti !


Salam ceria,


Keadaan kurang sihat setelah pulang dari gua musang semalam. Keceriaan tetap ku cuba serlahlah.Walaupun dada sudah di penuhi dengan mukus. Selsema katakan.Habuk yang terlampau menyebabkan saya sesak nafas. Hari ini..alhamdulillah sihat kembali.


Awas pelajar universiti. H1N1 atau nama hodohnya selsema babi sekarang sudah merebak. Kemasukan pelajar baru ke universiti tempatan perlu diberi perhatian khusus. Tambahan pula pelajar yang baru pulang dari luar negara. Universiti yang perlu mempertingkatkan keselamatan dr H1N1 adalah universti sekitar kl dan selangor.UM ,UKM UPM dan sebagainya.


UM saya kira paling terdedah kepada risiko ini. PJ sudah menjadi black area.Awas kawan sekalian. Selepas 2 buah sekolah ditutup...peningkatan keselamatan perlu dilakukan oleh kementerian berwajib.


Di bawah saya sertakan sedikit panduan untuk anda sekalian.

Selsema babi


Influenza A (H1N1) adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Penyebab Selsema ini adalah disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.


Tanda-Tanda Penyakit atau Simptom-simptom pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti:
Demam
Selsema
Batuk
Kepenatan
Kurang Selera makan
Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit
mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah
dan cirit-birit.


Cara-Cara Merebak H1N1 merebak melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara ataupun melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus influenza.


Rawatan:


Ubat yang disarankan adalah seperti Amantadine, Rimantadine, Oseltamivir dan Zanamivir. Kebanyakan kes influenza yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan anitviral. Belum ada vaksin dihasilkan bagi melindungi manusia daripada jangkitan influenza H1N1.



Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut:


Jika anda batuk atau bersin:
1. Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
2. Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
3. Basuh tangan


Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk.Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan. Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.


Jika anda sakit kerana selsema, duduk rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda. Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda
mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan
yang dijangkiti selsema Babi.


Di petik dari risalah Kementerian Kesihatan Malaysia 2009

Post a Comment

Previous Post Next Post