Tergila-gilakanmu....tapi ku tak mampu lagi?


Buku yang bakal menyusul untuk dibaca...

Salam Ceria,


Membaca tajuk diatas pasti timbul pelbagai tafsiran. Pasti topik kali ini pasal CINTA lagi. Betul tak? Pasti kali ini penulis ingin bicarakan soal nak kat seseorang...tapi di tolak dan sebagainya bermain di benak minda mereka yang membacanya.


Tanggapan itu SALAH! Tergila-gila digunakan untuk mengekspresikan rasa mahu yang tinggi terhadap sesuatu namun tak mampu di capai buat masa ini oleh saya.


Apa yang saya mahu? Apa yang tidak tercapai lagi? Terus saya timbulkan persoalan buat anda tertanya-tanya dan pasti anda akan terus membacanya hingga kepada penghujung ayat.


Bila bercakap dengan junior , Hasyim, selalu perkataan ni diutarakannya " abang ni suke bagi klymaxx nya dulu...pastu baru ceritanya". Saya sendiri pun kurang arif tentang lontaran yang dimaksudkan.Mungkin Itulah style saya atau itu surprise!. Atau mungkin itu terjadi kadang-kadang saja.


Mungkinkah aku miliki buku sebanyak ini?


Indahnya Bersamamu


Indahnya bila bersama teman yang dicintai bukan? Tapi kali ini yang indah bila bersama adalah buku. Kata Dr Aid Al qarni " Anda pasti jemu dengan segala sesuatu yang ada didunia kecuali membaca". Katanya lagi dalam bukunya `Asyik: " Saya menyakini yang cinta itu buta setelah saya menyaksikan pencinta dunia ini menjauhi ilmu pengetahuan".


Ayat cinta Allah pertama adalah IQRA`. Boleh kita kata bahwa kita merupakan bangsa atau ummah iqra`. Namun, bangsa yang bergelar ummah iqra` inilah yang tidak membaca.Yang malas menelaah.


Ulama silam sanggup berkorban dalam mengejar cinta mereka kepada ilmu.Dalam kitab Raudhah Al Muhibbin, Ibn Al-Qayyim berkata: " Guruku Ibn (ibn Taimiyyah) pernah bercerita kepada ku bahawa ketika dia mulai sakit, berkatalah seorang tabib kepadanya " janganlah terlalu banyak bermutalaah, kerana dengan demikian itu boleh membuat tuan bertambah sakit". Guruku menjawab " Aku tidak mahu! Disini aku akan memberi kritikan kepada anda wahai tabib.Bukankah jiwa seseorang itu bila dia mengalami kebahagiaan, maka keadaan kesihatannya pun akan ikut sihat dan akhirnya penyakit pun hilang?"


Tabib menjawab "Benar Tuan" Guruku berkata lagi " Ketahuilah Tuan, bahawa jiwa ku merasa senang apabila aku sedang bermutalaah.Dan bila jiwaku tenang, pasti keadaan badanku akan terasa nyaman". Tabib menjawab " Kalau begitu, hamba sudah tidak boleh lagi mengubati tuan kerana penyakit ini berada diluar jangkauan hamba".




Lihat pula kisah ketokohan dan kesungguhan Salman bin Abdul Hamid bin Al-hamawi al hanbali.Dia banyak membeli buku.Lalu, ada orang mencemuhnya kerana terlalu banyak membaca buku itu.Mendengar hal itu, dia pun menjawab " Ada seorang wanita yang berkata kepada ku " Mengapa engkau terlalu banyak membeli buku sehingga habis hartamu?" Aku menjawab: " Biarkan dengan urusan ku!" Dia tidak tahu bahawa boleh jadi, dengan buku inilah aku akan mendapat petunjuk sehingga aku mendapat rezeki yang lebih banyak."


Kesungguhan ulama silam memang tiada tolok bandingnya. Kegigihan dan kemahuan yang tinggi dalam menuntut ilmu dan membaca menyebabkan Imam muslim yang mengarang kitab Shahih Muslim yang bermartabat kedua hebat selepas Shahih Bukhari pun terlewat menghadiri majlis perkahwinannya ketika beliau berumur 40 tahun.


Banyak kisah boleh kita kongsikan lagi moga-moga kesungguhan ini dapat kita sebatikan dalam diri untuk memotivasikan diri dalam menambah ilmu-ilmu Allah yang sangat banyak itu.


Dalam kitab Al Fadhl al mubin, Syeikh Al-`Allamah Jamaluddin al-Qasimi al Dimisyqi pernah bercerita tentang pengalamannya dalam menuntut ilmu. Dia berkata: " Alhamdulillah, aku telah menamatkan Shahih Muslim hanya dalam masa 40 hari, menamatkan Sunan Ibnu Majah selama 21 hari, menamatkan Al Muwatta Imam Malik dalam masa 19 hari, menamatkan Tahdzib Al-Tahdzib , mentashih beberapa kesilapan yang ada dalam naskhah -naskhah tersebut dan juga memberi keterangan tambahan bila perlu, pekerjaan itu aku selesaikan dalam hanya 10 hari".


Lihat saja mereka ..kesungguhan membaca dan menuntut ilmu menyebabkan mereka berjaga malam hanya kerana ingin menghabiskan kitab-kitab. Ketahuilah sahabat sekalian, membaca menyebabkan sejarah 100 tahun terdahulu berada dihadapan mu, membaca buku menyebabkan engkau jauh dari api neraka, menjadi pendinding diri mu dari nafsu amarah.


Mari kita renung siapa kita. Sudah berapa ribukah buku yang telah kita baca?Seorang ulama silam, Syafi` bin Ali Alkinani meninggal dunia dengan mewariskan 20 bilik penuh dengan buku.Bagaimana kita? Cukup satu bilik penuh buku yang telah kita baca dan hafal..ataukah satu rak yang hanya kita baca..masuk telinga kanan keluar telinga kiri.


Saya rasa sudah panjang lebar saya ulaskan. Saya betul-betul berkeinginan menjadi seperti mereka.Namun semangat dan kesungguhan seumpama alim ulama diatas sukar untuk ditandingi.


Sempena cuti semseter yang bakal bermula...jom membaca sebanyak-banyaknya.Barangkali boleh habiskan 20 biji buku..ataupun 10 ataupun paling kurang sebuah buku. Mari sahut CABARAN SAYA INI jika anda mendakwa anda penuntut ilmu dan muslim!..Tergila-gilakan mu iaitu sikap mu wahai ulama silam...tapi aku masih tak mampu lagi..tapi aku berjanji akan mengikut jejakmu walaupun dengan merangkak!

10 Comments

  1. salam...saya no komen...fuh nak menghayati artikel nie kejap/....

    ReplyDelete
  2. betul tu..lg banyak ilmu yg kta dapat, lebih tunduk la kita kepada Maha Pencipta, lebih rapat la kita kepadaNya.
    ilmu itu cahaya.
    kata omputih "the pen is sharper than the sword".. mata pena lebih tajam dpd mata pedang.

    ReplyDelete
  3. WoW~~! my hit is 76?? mcm tak bLeh peRcaYa~~!

    ReplyDelete
  4. salam..

    ada juga yang semakin tinggi ilmu semakin meninggi diri dan jauh dari Allah..itulah bila tdk menuntut ilmu lillahita'ala..semoga kita semua dijauhi drpd trgolong dlm golongan tersebut..

    ReplyDelete
  5. Saya sokong 100%..

    betul tu masih tak mampu..

    Asal masuk kedai buku je, rasa nak beli semua yg minat, tapi duitnye takde, huhu...

    Takpe, kerja elok2, pastu boleh la borong banyak2... :)

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Ana sokong sesiapa yang nak membudayakan aktiviti membaca..bagi ana, ana sendiri merasakan keseronokan membaca.

    InsyaAllah, tak sia-sia kalau kita selalu membaca, malah ilmu kita makin bertambah, dan pemikiran kita lebih terbuka...

    cume nak bawak pesanan sikit. tak berapa ingat sourcenye. ana pernah terbaca, janganlah kita terlalu seronok beli buku banyak2 atas niat nak membaca, tapi hakikatnya buku2 tu takkan dibaca. Jangan sampai kita dicela di akhirat kelak atas perbuatan kita tadi.

    Wallahu 'alam...

    ReplyDelete
  7. selama ni.. paling banyak baca buku pelajaran.. ermmm...

    InsyaAllah, lepas ni mungkin akan ada masa untuk baca pelbagai jenis buku :)

    terlepas PESTA BUKU Di PWTC akhir2 ni.. mana xnyer... exam berderet xberani nak kuar..

    pe2 pun, membaca menambahkan pengetahuan, meningkatkan daya pemikiran.. (diakui), byk lagi perkara yg xdiketahui. sesungguhnyer ilmu Allah SWT itu luas..

    ReplyDelete
  8. kalu taknak membazir, nak dpt ilmu secara percuma, kita boleh mintak e-book dpd lecturer kita ke..pandai2 la kita rapat2 ngan lect kita..

    ReplyDelete
  9. tq atas komen sahabat sekalian.

    Yu. membaca sangat penting dalam kehidupan kita.Bnyakkan membaca. One more thing..jangan membeli jer buku..tapi tak dibaca. cuti-cuti ni la masanya yang terbaik nak habiskan buku2.

    bila dah habis..hafallah apa yang penting dlm buku tu.

    Pernah saya bc ungkapan orang bijak pandai..kalau membaca banyak, anda berwawasan sekalipun namun jika tak disampaikan eloklah menjadi yang jahil. kerana anda tidak berguna pada yang lain hatta pada adik beradik sekalipun.

    so bila dah bca.mari beramal dan sampaikan walaupun kepada adik beradik, rumate sendiri pun.baru bermanafaat ilmu itu pada yg lain

    ReplyDelete
  10. ana sokong..
    bace tapi tak sampaikan, rase macam sia-sia je ilmu yg kite dapat..

    teruskan membaca, dan teruskan menulis.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post