Macam Perang Dunia...



Salam. Baru sahaja menyiapkan thesis dan slide untuk viva sudah memuaskan hati.Kini tiba pula fasa perang. `Macam Perang Dunia` itulah ungkapan bagi menggambarkan dahsyatnya peperiksaan atau Exam.


Kenapa ya?

Peperiksaan tempat untuk kita meluahkan segala macam ilmu yang diberikan. Namun cukupkah dengan exam? Betulkah kecemerlangan diukur dengan `how many A s u Got`? Kalau di sekolah kelolaan YIK (YAYASAN ISLAM KELANTAN) seumpama Maahad muhammadi lelaki/perempuan dan seangkatan dengannya..kami diajar hampir 20 subjek setiap tahun.Contoh:..hadis,tauhid,imla`, khat, bahasa arab tinggi,mutalaah,al quran,bahasa melayu,matematik,bahasa inggeris, fizik,kimia,biologi, tafsir quran, sirah,feqah dan ada lagi yang saya tak ingat. Adakah anda dikatakan berjaya jika anda mendapat semua A dalam mata pelajaran tersebut.


Semasa di maahad dahulu..kebolehan hafalan sangat membantu.Tambahan anda perlu mengingat banyak.Surah hafalan dimulakan seawal tingkatan 1.Yaman seingat saya 2 surah hafalan diberikan untuk setiap peringkat tingkatan. Itulah sedikit sistem pendidikan di kelantan.Bagi saya ianya cukup hebat, namun terpulang pada yang menimbanya.Samada inginkan ilmu atau just untuk exam.Then lepas itu..semuanya tinggal kenangan.




Jika yang membaca coretan ini adalah mereka dari sekolah agama...saya nasihatkan...agar adik2 menimba sebanyak mungkin ilmu agama yang ada sementara masih punya waktu.Bila anda sudah melangkah ke alam dewasa.Ilmu itu akan memandu anda .


Ilmu agama penting. Ilmu sains dan seumpamnya juga penting.Teringat keluhan Ex-Yb kita dulu, M. Sabu, yang menegur golongan ulama muda PAS yang hanya mahir dalam ilmu agama semata-mata tapi jahil dalam ilmu dunia semasa( kalau salah betulkan).Memang diakui dan saya lihat sendiri. Peri penting ilmu ini tidak hanya melibatkan ilmu agama semata-mata.Namun ilmu agama wajib dicari.Ilmu lain juga dituntut untuk kita kuasai. Jika tidak kita akan ketinggalan dibawa arus.





Berbalik soal peperiksaan.Jika ianya adalah perang dunia.Semestinya kelengkapan hebat perlu dipersiapkan.Apa persiapan anda dan saya? Nota? Jadual? semua keperluan jangan lupa. Saya seorang teman, tersilap tengok jadual...tidak hadir exam..menyebabkan dia mendapat F.Kasihan.Inilah bahana kalau kita tidak melakukan persiapan rapi.Jangan kita hebat berstrategi diluar..dalam PRK ,dalam perniagaan tapi dalam akademik...HANCUR! Ini tak betul...Tapi masing-masing punyai kemampuan masing2..betul tak?..Saya bukan hebat untuk menceritakan semua ini.Tapi ingin mengingatkan rakan-rakan sekalian dan diri ini juga.


Buat akhirnya..saya rasa enjin kereta kebal saya baru hendak panas...mungkin perlukan pecutan terakhir..All the best to all bloggers in your examination. Ingat: kejayaan tidak datang dengan gelak tawa dan senang lenang..tapi ia datang dengan peluh keringat dan kerajinan.Dah berusaha..maka bertawakkallah..


p/s: Buat guru-guru yang pernah mengajar saya di Maahad muhammadi lelaki dan Maahad muhammadi Pasir Mas ( dulu SMUAPM)..Terima kasih tidak terhingga.Semoga kalian mendapat rahmat Allah sentiasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post