Exam dan Surau


Salam.


Exam dan surau.Sebuah tajuk yang di suggest oleh seorang adik saya semasa LAKIUM dulu. Exam dan surau, dua entiti yang cukup sinonim di kalangan mahasiswa malah juga di kalangan adik-adik yang ingin meduduki peperiksaan. Betul tak?


"Asal exam jer..datang surau..penuh surau"Itu mungkin kata hati beberapa kerat ahli surau yang saya kira menunjukkan keprihatinan mereka atau sebaliknya.


Kenapa ini berlaku?


Menjawab persoalan diatas...maka bermain difikiran saya...adakah kerana mereka sudah insaf.Ataukah mereka baru sedari siapa tuhan..ataukah mereka baru merasa kebergantungan pada Tuhan.Ataukah itu hanya mainan politik kotor yang mahu menipu Allah..tapi bahkan mereka menipu diri mereka sendiri?


Ketahuilah, semestinya kau pernah mengalami ketika mana kau memasuki ke dewan peperiksaan, disaat itu Allah uji dengan melupakan kamu apa yang kamu baca.Sedangkan kamu sudah tidak tidur barangkali 2, 3 hari. Nah, bagaimana? Siapa yang kamu cari?


Disaat senang..disaat kau mendengar azan dilaungkan..kau masih asyik sibuk study..study...dan terus study.Disaat muazzin memanggil manusia untuk sembahyang..kau masih leka dihadapan komputer mu...disaat muazzin memanggil untuk menyembah tuhan yang memberikan nikmat yang tersangat hebat itu..kau lupa padanya..SEKARANG..bila kau susah baru kau mahu merayu ..merintih pada ALLAH?


Andai kamu seorang majikan, menggaji 3 orang pekerja.Lantas, ketiga-tiganya jenis yang pemalas.Apa yang kamu suruh..tidak diikutinya.Apa kamu buat? Pecat bukan? Tapi Allah tidak. Sedar diri tak? Berapa banyak kita dah habiskan menghisap dan menikmati nikmat ALLAH `tanpa bayaran`. Apa bayaran Allah mahu dari kita.Hanya sedikit peraturan sahaja.Jauh bezanya dengan nikmat yang kita dapat.


Bila dalam kesusahan..maka Tuhanlah tempat bergantung. Tapi bila senang, jangankan tuhan, kawan juga dilupai.


Bila exam saja suraunya penuh sakan. Mulalah ramai-ramai bersolat hajat. Saya tidak katakan yang datang itu tak elok. Tapi konteks ayatnya" sebaiknya biarlah berterusan..bukan bermusim". Surau ini bukan bermusim ikhwan dan akhawat ..sahabat dan teman. Tak kira exam mahupun hari-hari biasa. Yang tak pernah datang lagi lah teruk!


`Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang'-Ayat Allah.


Rasulullah SAW bersabda: " Dunia dan segala isinya dilaknat, kecuali orang yang berzikir kepad Allah, orang yang memiliki ilmu serta orang yang belajar"




Ingatlah pada usiamu yang semakin singkat.Berapa ramai yang usia mudanya..belum sampai ke dewan exam sudah meninggal.So, apa bekalan kita. Mari jadikan surau itu tempat kita study..tempat kita pelajari ilmu Allah..dan tempat kita mengadu pada Sang pencipta.


Marilah sama-sama kita jadikan rumah Allah sebagai rumah pertama kita. Bukan sekadar untuk exam sahaja bahkan untuk masa-masa lain. Sedarlah..rumah Allah untuk semua Hamba Allah......Untuk anda semua..bukan untuk ajk surau sahaja.Bukan untuk pak lebai sahaja.Bukan untuk ahli jemaah sahaja.Bukan untuk pak imam atau ahli Persatuan Mahasiswa Islam sahaja...dia untuk anda yang FREE HAIR, ia juga untuk mat-mat ROCKERS, ia juga untuk mat-mat rempit...Kami merinduimu wahai sahabat...


MASJID FOR ALL...

4 Comments

  1. salam taaruf..
    satu topik perbincangan yang menarik. sudah sinonim bagi masyarakat kita utk melakukan kebanyakan ibadah bermusim. tiada istiqamah dalam amalannya.

    ReplyDelete
  2. wsalam..itu lah masalahnya.mari kita fikirkan..n aplikasikan untuk diri masing-masing ( surau)...

    ReplyDelete
  3. biler exm jer turun surau... ingat Allah biler time susah jer... ermmmm...

    tp.. maybe dari sini mrk akn tergerak utk turun surau dgn lebih kerap... moga Allah berikan hidayah pd mrk utk istiqamah.. amin...

    tp cm ner kalu...?

    Sbb kwn2 dia ada... jd dia pun rasa seronok turun surau..

    dia kata, "lepas ni korang dh xder mcm mana ni, sape nak teman org turun surau, dgr tazkirah, & ... "

    sorang kwn dia kata, "xpe teruskan bersemangat, istiqamah... "

    :( sedih kwn2 dia biler dgr dia kata cm tu...

    ReplyDelete
  4. BETUL TO LOTUS:

    saya setuju dengan anda. Pokok pangkalnya kadang-kadang teman punya peranan hebat menetukan sikap kita.


    Lihat sahaja hadis nabi yang mengatakan bhw siapa yg berkwan dengan penjual minyak wangi makan akan mendapat wangiannya dan siapa berkawn dengan tukang besi mendapat asapnya.( boleh rujuk hadis yer)


    Yang terpenting kita kena sama-sama bina kefahaman moga setiap ap yang kita lakukan adalah dgn kefahaman bukan ikutan.


    mari bersama membaca dan terus membaca...tazkirah buat diri juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post