Salam.Tulisan ini saya coretkan pada jam 1.37 pagi, hari sabtu.Selepas pulang memberi dan berkongsi dengan adik usrah.Usrah jam 1 pgi?hehe.
Dan saya agak sedikit terkejut dengan mesej ym yang dihantar oleh Mrs X.
Slm
maaf ganggu
sejak akhir2 INI
en kamal ayik dok post bnde2 mcm tu je
da smpai seru ke akhi
???
alhamdulillah
tp jgn lupa jmput ana
klu nak kenduri
k
wslm
Tulisan ini ditujukan atas post-post saya soal CINTA yang saya nukil dan saya paste kan sejak awal bulan 3 ini.Bukan marah tapi hairan?Salahkah saya bercakap soal cinta kerana ramai manusia yang hancur dan rosak kerana penyalah gunaannya.Bagi MRs X yang membaca nukilan ini jangan marah.Saya tiada niat hendak memalukan anda.Cuma sekadar perkongsian.Terima kasih atas keprihatinan anda..
Ia seolah kebetulan, apabila saya balik dari 12th , laptop yang saya tinggalkan terpasang tadi memaparkan artikel terbaru saifulislam.com.Mungkin `rumate` yang buka kot.Lalu saya decide untuk copy paste cerita dari ust. hasrizal.Maafkan saya ustaz jika tak minta izin ustaz.Kisah kita hampir sama dan waktu berlaku juga mungkin dekat-dekat..hehe.Hayatilah nukilan dari MASTER CINTA .
SAIFULISLAM.COM HALALKAN COUPLE?
Musuh terbesar manusia adalah dirinya sendiri.
Selain daripada nafsu ammarah yang sering menyeru kepada keinginan yang jahat, manusia juga sering terpenjara di dalam paradigma pemikiran sendiri. Sebagaimana sebiji gelas boleh dilihat separuh kosong atau separuh penuh, demikian jugalah cara manusia menafsirkan apa yang ditonton, dilihat, didengar dan dibaca.
Saifulislam.Com bukan halaman perbahasan hukum. Justeru pendekatannya jarang sekali bersifat menghukum. Banyak artikel mendatangkan nas di hujung diskusi, kerana awal dan pangkal artikel adalah pembetulan cara berfikir agar nas tidak disalah erti. Biar pun jalannya panjang sedikit, tetapi ia adalah satu keperluan.
Sulit sekali mahu menyelesaikan persoalan cinta, pergaulan lelaki dan perempuan dan cabang-cabangnya dengan sekadar memberi kata putus hitam atau putih, yes or no, halal atau haram. Kesulitan bukanlah kerana agama kita miskin definisi tentang apa yang baik apa yang buruk. Tetapi kesulitan itu banyak terdorong oleh gangguan cara berfikir penganutnya. Anjakan paradigma yang amat kritikal keperluannya.
Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata,
“Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’” [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Saya berdepan dengan DUA cabaran.
CABARAN PERTAMA
Cabaran pertama, saya digasak dengan soalan mengapa terlalu banyak bercakap tentang cinta?
Komen terkini I: daripada aktivis masyarakat
Komen terkini II: daripada aktivis bahasa
Soalan ini, biar pun menyakitkan telinga, saya andaikan sahaja si penyoal terlepas pandang akan statistik penceraian yang menggila. Mungkin juga anak remaja yang dimurtadkan dengan umpan cinta, gadis-gadis kembung perut yang bertali arus masuk ke rumah pemulihan, dan ‘anak sial’ yang memijak kepala ibu sendiri itu semua adalah sekadar masalah sampingan. Tidak terbandinglah isu cinta ini jika diletak di sisi isu politik dan ekonomi negara yang ilmiah dan nampak intelektual membicarakannya.
Dan misionari Kristian yang kaya cinta itu, tersenyum sahaja melihat sibuknya kita dengan isu negara.
Pihak kolej yang berani menganjurkan program bertemakan cinta, menerima kehadiran segala jenis manusia dan ia menjadi peluang besar untuk pembetulan-pembetulan dibuat terhadap pandangan dan fikiran hidup mereka. Bagi kolej yang alergi dengan subjek cinta, dan menganggap ceramah berkaitan dengan cinta hanya akan menggalakkan pelajarnya bercinta, memilih tajuk yang lebih skema, ilmiah dan serius, lalu muka yang sama sahajalah datang menjenguk dewan.
Terpulang…..boleh baca sambungannya..
ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang
Komen saya
Ustaz Hasrizal juga terkena penangan ini.Kita punya hujjah masing-masing soal ini.Saya tidak dapat menandingi kepakaran ustaz2 yang dapat berhujah petah tentang ini.Saya sangat setuju dengan apa yang dihujjahkan oleh ustaz.
oho~tulisLah apa sahaja selagi ia memberi manfaat~
ReplyDeletecinta fitrah manusia,so x salah memperkatakannya... mungkin ada ilmu yg bermanfaat dpt dikongsi bersama
ReplyDeleteterkadang hati terasa lucu mengenangkan komen-komen sebegitu..cinta tetap perkara yang penting dan usul untuk dibincangkan...tanpa cinta...hilanglah bahagia...Allah al-Rahman al-Rahim
ReplyDeleteterima kasih atas support yg membanggakan.haha.
ReplyDeleteBetul ana setuju ngn sume kawan-kawan.Tapi kadg2 menulis pasl cinta membuatkan hati rasa nk bercinta plak.Tapi..tahan dulu la yer.
Terima ksh atas nasiht.because caring is sharing...hahah
Assalamualaikum..
ReplyDeleteLama ana tak visit blog saudara.
Anyway, looks like ana juga baru sahaja post satu entry tentang CINTA...
Penyakit sama merebak agaknya.??
Post a Comment