Menyesal ikan keli ,gula sekampit dan beras seguni



Salam.


Kali ini kita bicara soal penyesalan.Penyesalan bila dah melakukan kesalahan.Buat dosa umpamanya...setelah melakukannya maka datanglah sesalan.Masa melakukan perbuatan itu...seakan di syurga.Namun bila dah selesai buat dosa baru tiba rasa bersalah.Itulah sikap dan kadang-kadang melanda kita sebagai hamba ALLAH .Ujian ini datang kerana ingin mengasingkan yang mana terbaik dan yang terburuk.


Menyesal ikan keli


Sesalan punyai pelbagai tafsiran dan pembahagian.Saya bahagikan kepada 3 bahagian yang biasa terjadi.Al kisah...muzamil menaiki motor barunya pulang dari masjid.Perut kosong dan lapar menghinggap diri.Lalu dia melalui sawah padi.


Ternampak kelibat ikan keli yang melompat-lompat di tengah jalan.Seekor je pun.Lalu dibiarkannya berlalu.


`Buat apa pun seekor..mana cukup`Ujar hatinya.Balik ke rumah isteri tersayang, Masyitah Muneerah menanti dengan penuh senyuman.Senyuman tersirat di sebaliknya penderitaan dan rasa berrsalah.


Dengan penuh taat...`Abang...hari `ayang`(nama manja) masak ikan kering je..abang tak marah kan`.katanya penuh bersalah.Muzammil melihat isteri tersayang.Terdetik dihatinya...rasa menyesal kerana tidak mengambil ikan keli di jalan tadi.


Menyesal gula sekampit


Mujahid..baru sahaja memasuki universiti malaya.Sebagai salah seorang penghuni kolej yang tidak sukakan minuman kolej...cafe sahur menjadi tempat untuk melepaskan rindu terhadap kopi RADIX kegemarannya.


Dia punyai segalanya.Wang bukan masalah.


Satu hari, ketika melewati sebuah kedai di Mid valley, terasa seolah ringan seluar..berbanding tadi.Barulah dia sedari yang dompetnya telah di curi.Apa nak buat yer?...jeng3...


Lalu datang Intan, gadis free hair menawarkan pertolongan setelah melihatkan gelagat mujahid yang kelam kabut mencari2 dompetnya.Dengan penuh ego dan nilai kejantanan yang terlekat di jiwanya..menolak penuh hormat akan pelawaan gadis ayu itu..


Menyesal Beras seguni


Fahmi, ahmad fahmi dan abu ..masing-masing anak muda yang sukakan demonstrasi dan rapat umum.Pantang nampak ada sahaja isu..merekalah yang akan mendahuluinya.Walaupun sudah berkahwin..namun keaktifan menjadi aktivis masyarakat dan pendakwah tidak dilupakan.


Fahmi..ahmad fahmi dan abu masing-masing tinggal di kejiranan yang sama.Satu hari, mereka bertiga merancang ingin menyambut kehadiran YB Zul di kejiranan mereka.Pelbagai sambutan di atur ingin meraikan Yb itu.


Tiba hari dijanjikan, abu mendapat mesej kecemasan dari isteri tersayang, Ameera Humaira yang sedang mengandung anak sulung.`Abang...mira sakit la`.Lalu tanpa berlengah...dia memecut motokarnya pulang ke rumah.




Dalam masa yang sama, Yb Zul menyambut mesra mereka yang meraikannya .Sedikit sumbangan peribadi dihulurkan kepada setiap mereka yang hadir berupa sekampit beras.


Berbalik pada cerita abu tadi.Dia pulang ke rumah.Lalu di kejutkan dengan ketiadaan isteri dirumah....jeng3..


`Cak...........sapa isteri dari belakang..Selamat hari lahir`.Rupa-rupanya isterinya ingin menyambut hari lahir abu yang ke 25.



Kesimpulan dari 3 cerita


Dari 3 cerita itu sebenarnya menggambarkan situasi manusia sekarang.3 jenus penyesalan saya bawa kali ni.Menyesal ikan keli boleh disimpulkan penyesalan yang sekejap.Sekitar mungkin 2 atau 3 jam..mungkin 2 atau 3 minit.Muzammil tidak dapat makan ikan keli...mungkin kerana pada fikirannya isteri dirumah menyediakan juadah lazat.


Menyesal gula sekampit...menyesal yang panjang sikit.Mungkin 1 hari atau 2 hari kerana berada dalam kesusahan...Mujahid menolak tawaran pertolongan dari Intan Maisarah kerana ingin menjaga air muka kelelakiannya.Tapi dia juga yang susah selepas itu...penyesalan ini hanya singkat sahaja.


Manakala menyesal beras seguni adalah penyesalan yang mungkin hanya 1 bulan mungkin.Sebagaimana kisah abu tadi.Pulang dengan cemas namun rupa-rupanya mesej gurauan diterima.Menyesal kerana tak dapat seguni beras.Penyesalan seguni beras ini adalah penyesalan yang sedikit panjang.


Saya?


Saya analogikan cerita diatas untuk memberi gambaran penyesalan manusia akhir zaman ini.Mari kita renungkan adakah kita termasuk dari ketiga2 jenis penyesalan diatas.


#nama diatas mungkin betul dan mungkin salah.semua situasi direka dengan penuh cermat agar tidak mengguris mana-mana pihak.Jika ada yang terasa............................................................................................PADAN MUKA :).......hehehe

Post a Comment

Previous Post Next Post