jeput malah.....


percaya tak anda ..saya masak?..hehe


Salam.Mungkin bagi mereka yang tak pernah mendengar kalimat diatas.Sebut betul-betul...je..put..ma..lah.Boleh sahabat teka tak apakah ia.Mungkin kat sejenis kenderaan.Atau sejenis alat permainan.Atau mungkin kata-kata manja seorang ibu kepada anaknya?


`Jeput malah` adalah sejenis kuih petang masyarakat unik di sebuah negeri ulama.Mesti semua kalian bisa tahu apakah negeri itu.Pastinya kelantan.Makanan petang saya bersama keluarga sebelah petang ketika santai2 di beranda rumah yang dihadapannya tanah lapang padi.Angin bertiup dapat dirasakan ketenangannya.


Makanan yang simple tapi padat dengan khasiat.Kalau di KL namanya cucur.Hehehe..


Ada apa dengan `JEPUT MALAH`


Tiada yang indah selain kata-kata manis.Ramuan jeput yang cukup pasti menjanjikan kesedapan dan kelazatan dalam menikmatinya.Kelazatan adunan cucur ini pastinya memerlukan cecair universal .Iaitu Air.Airlah yang menjadi penyatu cinta suci antara tepung dan sayur kangkung yang tergandung didalamnya.Barulah ianya boleh dibentuk.

Tarbiyah, siasah dan dakwah


Saya kaitkan adunan `jeput malah` tadi sebagai simbolik kepada penyatuan siasah atau politik, tarbiyah @ pendidikan dan dakwah wal islah.Saya pasti sahabat sudah pernah mendengar perkataan yang saya sebutkan diatas.Seringkali title digunakan bagi memberi idea atau gambaran akan sifat atau golongan seseorang.Sebagai contoh: Ustaz..mereka dikira ahli tarbiyah.Yb dikira ahli siasah.Malah dalam jemaah sendiri perbuatan menghukum atau memberi gelaran ini memang cukup terkenal.Namun ia terpulang pada kefahaman masing-masing.Tapi harus diingat semua itu tidak boleh diasingkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post