Dulu Singa sekarang Air-Tahun akhir Pengajian



Salam.


"Zul, nanti ko akan lihat bila masuk tahun akhir sume jadi baik..baik semacam lah..Dulu punya lah garang tapi bila tahun akhir..baik jer.."Kata-kata sahabat S masih saya ingat sehingga hari ini.


Ia seolah-olah menjadi tradisi atau ia perubahan positif.Adakah transisi ini merupakan perubahan kerana kematangan atau kerana nak memikat.Bukan perpandangan buruk.Namun ianya seolah menjadi trend.Baik lelaki mahupun perempuan.




Kata-kata S tadi telah saya lihat semasa saya di tahun 2 lagi.Betul ke?Kalau ada lelaki dan perempuan di luar boelh bagi komen sikit.Namun bagi saya perubahan sebenarnya bagus.Namun biarlah perubahan itu kerana kematangan .Kalau dulunya bukan main garang macam singa tapi sekarang lembut macam air ..biarlah kelembutan itu adalah kelembutan sejati.Kerana kalau lelaki..mereka jenis yang melihat akan sebab-sebabnya.Kenapa dan kenapa?


Perubahan ini juga berlaku dikalangan lelaki.Saya juga mungkin mengalaminya.Cuma sedar tak sedar sahaja.Bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi ..itulah kuncinya.Kalu kita dapat menanganinya maka alhamdulillah sebenarnya kita sudah boelh dikatakan matang.Kalau dulunya jenis yang panas baran..bila matang kurang lah sikit.


Perubahan positif sepatutnya berlaku dari awal lagi.Mungkin dari kali pertama menjejak kaki ke universiti( hope so).Jangan sehingga orang melihat perubahan kita hanya hiasan pakaian luaran sedangkan di sebalik itu tersirat `benda lain`.


Lelaki memang punya ego.Saya juga .Kadang-kadang ego ini susah nak dibuang.Tapi boleh dikurangkan.Mungkin lelaki matang egonya kurang kot..he3.


Pernah seorang sahabat lelaki mengeluh kerana adik usrahnya seolah melarikan diri darinya.Tak kurang juga ada yang mengeluh kenapa orang tidak memahaminya.Namun dalam soal beginilah kematangan berfikir diperlukan.Kematangan di sudut emosi..fizikal dan mental juga.Lihat betapa ada lelaki yang gagah perkasa fizikalnya namun lemah di sudut emosinya.Panas baran dan sebagainya.


Tapi perlu diingat tak semua yang saya ceritakan diatas berlaku pada semua orang.Ada yang dulu..kini dan selamanya dengan sikap yang sama.Semua ini terpulang pada diri anda.Jika anda inginkan diri ini di sayangi Allah dan manusia maka perbaikilah PR(Public relation) dengan manusia sejagat.Mari bersama untuk mencapai redha Allah.



Hope and Change......Yes We CAN!

2 Comments

  1. salam ziarah.semua orang ada pengalamannya tersendiri.baik manis atau pahit.setiap apa yang yg tjadi pd diri kita pasti ada natijah n hikmah di sebaliknya.mgkn bukn masa skrg kita nmpk natijahnya,tp suatu ms yg tlh Allah ten2kn.jd bersyukurlah kita dgn setiap apa yg berlaku pd diri kita.moga ia 1 pglmn n pgjrn bermakna buat diri kita,dan mematangkan lagi mendekatkan dan myedarkan kita,kita adalah hamba yg tak tlepas drp ujian.Al-ankabut(ayat 2-3)hanya pkongsian.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Topik menarik! Beruba jd baik di tahun akhir?
    Di tahun akhir tu tak pasti, tapi...sebagai contoh, kalau waktu pengajian 5 tahun, kurang2 tahun 3 dah mula ada perubahan la. Sikit2 diri ni absorb pelajaran2 yang di pelajari. Especially kalau belajar agama..Slowly2..so by the time tahun akhir tu, berubah jd baik la. Sebab tahun akhir...ya, banyak tanggungjawab, so jd matang. Then u know, u are finishing, so..u feel like u HAVE to value everything u have at that moment. Coz u not gonna get it back.So u baik la.
    But as for myself, tahun akhir tu, berubah jd lebih toleransi, sebab dah ada lebih pengalaman berbanding junior. Lebih tegas, sebab jd tangan kanan kepada guru2. Lebih displin dan dedikasi pada pelajaran, sebab makin sedar tentang ketinggian nilai ilmu.
    So, kesimpulan, yup, tahun akhir berubah jd lagi baik la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post