Politik kotor dan politik bersih..


Salam.Bila kita bercakap dengan ahli akademik ,ramai punya pendapat bahawa politik malaysia kini adalah sangat kotor.Kotor disini bukan bermaksud penuh dengan sampah sarap tapi penuh dengan sampah jadian.Rasuah atau politik wang di sana sini.Dari kampung sehinggalah ke peringkat atasan.Terutamanya dalam Parti pemerintah UMNO.




Rasuah atau politik wanglah salah satu sebab kekotoran dalam sistem politik negara.Dengan duit semua jadi.kecuali buat mereka yang punya prinsip.Tak kurang juga wujud mereka yang kononya ingin merubah kekotoran itu dari dalam Umno.Namun ketahuilah..percubaan anda adalah sia-sia.




Politik kotor ..perlu kah kita ceburi




Saya punya pendapat tentang persoalan diatas adalah YA.Bagi mereka yang punyai kefahaman untuk membersihkan ia maka ceburilah ia.Hendakkah anda lihat satu masa lagi sistem politik dipenuhi dengan lebih banyak korupsi dan sebagainya.Jadi mereka yang punyai kefahaman inilah,seharusnya datang untuk sama-sama berjuang mengalahkan pejuang-pejuang yang kononnya berjuang atas nama keadilan yang palsu dan tipuan semata-mata untuk periuk nasi mereka sahaja.Masuklah politik atas nama ISLAM .Biar lah hidup merana di sisi manusia ,jangan merana di AKHIRAT nanti.




Politik kotor di universiti




Politik kotor ini mula diterap dari universiti lagi.Dengan sekatan demi sekatan .Sokong pembangkang je ..buang kolej kediamanlah akibatnya.Buat pimpinan kolej kediaman sedarlah ..kamu akan dipersoalkan atas apa yang dilakukan.Membuang pelajar secara tidak adik boleh di kategorikan juga ZALIM.Dan anda harus menjawabnya di hadapan Allah kelak.Ingatlah.Bagi pihak pentadbiran pula,ketidak adilan boleh ditengok.Satu pihak ditaja.Jaket percuma, pakej pelancongan percuma dan lain2.Dimana duit diperoleh?Dari kerajaan pusat kah?


Jika dari kerajaan pusat maka duit itu adalah duit rakyat yang membayar cukai.
Adakah duit dari kolej kediaman.Jika duit dari kolej kediaman maka ianya duit pelajar.Bagi mereka yang pernah laluinya maka bertaubat lah sebelum pintu taubat ditutup.Kesenangan dari sumber yang HARAM akan mengundang padah di hari kemudian dan DI AKHIRAT.Sedar dan ingatlah kawan-kawan di universiti.Berjuanglah atas nama ISLAM YANG ADIL DAN SEMPURNA.




Politik bersih..solusinya




Politik bersih bagi saya adalah politik islam.Politik ajaran nabi SAW.Politik yang berlandaskan agama Islam yang adil.Bukan Untuk BANGSA.Bukan Nasionalisme yang diterapkan YAHUDI.Sedarlah dan kembalilah pada Al quran dan Assunnah.Lihatlah sirah perjuangan nabi SAW sebagai asas kita.Perjuangan kebangsaan adalah batu asas yang dibuat oleh yahudi.Dengan semangat kebangsaan lah kita tidak dapat mewujudkan khalifah islam.Ingatlah matlamat kita adalah mewujudkan khilafah islamiyah yang akan MEMBAWA KEADILAN KEPADA SEMUA bangsa.




Oleh itu,bagi mereka yang mengatakan politik itu kotor dan tidak ingin campur.Maka dia adalah SALAH.Jika anda tahu ianya kotor maka berusahalah untuk bersama-sama membersihkannya.Jika terlibat pun,undilah atau sokonglah mereka yang ingin membawa perubahan ini.Pandanglah sesuatu dengan mata hati yang bersih dari nafsu dunia dan ilmu.Jangan pandang dengan perut dan mata maksiat.Kemenangan ISLAM hampir tiba.Pemudalah pencetus dan pembawanya.So, bagaimana dengan kita?Tepuk dada tanya iman anda...




Post a Comment

Previous Post Next Post