Salam.Magnet cinta saya kira sesuai untuk celoteh buat kali ini.Cinta itu Harus .Tapi cinta banyak ditafsirkan oleh masyarakat hari ini.
"Man, mane awek ko?Tak ajak sekali ker join kite orang jalan-jalan kat mid valley ni?"
"Aku maner ada awek, tak de sape nak."Jawab Man dengan serba salah.
"Tak best la camni, ko ni kuno la...sekarang ni kan zaman moden..sume orang ada couple tapi ko?...Dulu-dulu boleh la mak ayah tentukan..tapi sekarang kita kene cari sendiri tau..couple lah cara sesuai.."Kata Aizat.
"Ye ke..tapi ustaz kate tak elok couple..berdosa..Tak nak lah aku couple..mula-mula senyum-senyum jer..pastu pegang tangan..pastu i love you..you love me..pastu ntah apa-apa lagi.."
"Ko ni..kita kene la jaga..keluar sekali sekala tak per..jangan la pegang tangan.Ustaz memang lah die tak bagi sebab die tak tau apa itu CINTA yang sebenarnya.Bila dah tau nanti baru die rasa hebatnya cinta.Aku dapat skor dalam exam sebab mak we aku la bg semangat..kite orang belajar sama-sama.."Jawab Aizat panjang lebar..
Itulah dialog alam remaja muda-mudi sekarang.Tak menang tangan juga ingin menjawab setiap persoalan.Cinta alam remaja bagi saya mungkin hanya cinta monyet.Kita sering mengejar cinta perempuan dan sebaliknya namun pernahkah kita mengejar CINTA ALLAH?Bersujudkah kita setiap malam dengan khusyuk?Bila ini dah setel insyaallah Cinta manusia akan menyusul.
Betulkah solat yang kita lakukan 5 kali sehari di terima Allah?Khusyukkah kita ?Masa solat ingat Allah tak?Mana cinta Allah?Cinta manusia akan mati...Peranan cinta paling utama adalah CINTA Allah dan Rasul.
Cinta Remaja
Cinta alam belasan tahun hanya cinta fatamorgana.Dikecap rasanya sedap.Tapi ia hanyalah gula-gula getah.Dikunyah terasa sedap ditelan membawa mudarat.Ingatlah adik-adik ku, kadang-kadang kawan-kawan akan mengajak kita kepada Cinta jenis ini.Tapi Tolong jangan sia-siakan masa muda mu .Cari CINTA ALLAH dulu.Tambahkan ilmu agama .Then baru adik-adik akan tahu apa itu cinta ALLAH.Setapak kita dekati ALLAH beribu-ribu tapak ALLAH dekati kita.
Cinta Dewasa
Cinta jenis ini pula biasanya berlegar dikalangan mereka yang memasuki alam dewasa sekitar umur 20-30.Mencari cinta waktu ni carilah Cinta kerana ingin mengahwininya .Bukan untuk suka-suki sahaja.Jaga lah akhlak kita sebagai muslim.Jangan kerana cinta..tergadai segalanya.Tiada tips yang berguna nak di lontarkan.Tapi carilah Alquran dan sunnah dalam mencari ERTI CINTA yang sebenar.Bacalah banyak buku-buku tentang cinta.Namun gariskan cinta anda kepada Landasan ISLAM yang sAH.
Cinta Tua
Cinta tua adalah cinta ketika berusia dan cinta ini manifestasi dari cinta dewasa.Cinta ketika sudah berusia jauh bezanya.Dulunya kau lah ratu kau lah Permata..Sekarang kau lah hantu ( gurau je).Cuma cinta ketika berusia sepatutnya dan sehendaknya biarlah sehebat ketika mudanya.Cinta ketika sudah berusia lebih terdorong kepada mencari Sang Pencipta bukan hawa nafsu.Buktinya lihatlah ramainya golongan ini di tempat-tempat ibadah.Moga -moga cinta kita adalah cinta kepada Allah lebih utama dan cinta kepada manusia pasti mengikutinya.
cinta lg banyak definisi..
ReplyDeleteni baru cinta pada kekasih...
ada lagi cinta lain yang lebih utama...
Salam..
ReplyDeleteSemoga Allah terus memelihara saudara dari lembah cinta yang mengelirukan dan memesongkan hati dr Allah.
Bila setiap hari ciptaan Allah bernama wanita lalu lalang depan mata, interaksi sama2..mana tak goyah Iman..?
Pandangan adalah anak panah syaitan...
setiap insan mempunyai definisi tersendiri tentang CINTA dan milik siapakah CINTA tersebut..
ReplyDeletekemanisan dan kenikmatan CINTA akan dimiliki oleh insan yang betul2 faham dan menyalurkan perasaan CINTA kepada yang benar2 BERHAK untuk memiliki cinta tersebut..
tp ramai muda mudi sekarang dengan mudah menyerahkan CINTA kepada yang tidak BERHAK ke atas cinta tersebut..
Wallahu'alam..
sangat setuju...ucapan yang menusuk jiwa ..penuh hikmah. syukran
ReplyDeletePost a Comment