Hinakah identiti islam?



Salam.Bila mula-mula saya melangkah kealam kampus..dari PASUM(Pusat Asasi Sains UM) maka tergambarlah kehidupan kampus yang sering diperkatakan oleh senior2 yang MAHA DAHSYAT.Bila masuk alam kampus suasana berbeza dan sebagainya.


Memang dahulunya kami ditempatkan di Kolej kediaman sebelas( Kolej Ungku Aziz) dan hidup kami bahagia bersama family besar PASUM.Aktiviti-aktiviti kami sendiri yang setup.Saya dialam PASUM ibarat zaman gelap dalam kepimpinan.Langsung tak terlibat secara direct.Indirect ada la.


Maka pabila masuk alam kampus maka banyaklah saya lihat sahabat-sahabat yang termutate.Saya kira ini pasti `point mutation` kot..haha.Maka yang dahulunya berjubah dan bertudung labuh tapi bila masuk alam kampus semua kelihatan termutasi oleh alam sejagat padahal PASUM dah semestinya berada dalam UM.Tapi tak kurang juga yang termutasi secara besar-besaran sebanyak 360 darjah.Takziah buat mereka.


Tapi kadang-kadang ada yang mutasi baik.Yang dahulunya free hair tapi sekarang dah bertudung.Alhamdulillah.Tapi saya dahulunya agak terpengaruh dengan dokma yang kita kene mutate.Tapi tak semua tempat kita kene mutate.Ada orang kata (sebagai alasan) nak masuk dengan chinese kene pakai ala2 rock sikit.Tak payah pakai kopiah.Betul ke?




Hina sangatkah pakai kopiah?Hina sangatkah pakai tudung labuh?Betul kah kita tiada jati diri?Saya punya kawan pakai kopiah dan lebih hebat disudut link dengan non-muslim.Apa sebenarnya masalah?Pakaian kah?Atau sikap sendiri?Berlagak alim kononnya maksum ke?Sehinggakah tidak mahu bergaul dengan non-muslim.Sama-sama ambil iktibar.Jangan kita berubah yang kononnya nak tackle golongan ini sehinggakan kita memalukan ISLAM.Bagi saya, identity is identity.Dimana anda jika perwatakan anda HEBAT maka anda akan dterima.Bergaullah dengan siapa sahaja.Ringan mulut untuk bercakap.


Bahasa ?Pakaian bukan penghalang kerja dakwah islam.Tak berkopiah pun wajib berdakwah.Cuma kadang-kadang metod yang kita guna selama ini yang salah menyebabkan orang tidak suka pada kita.Saya pernah dilabel `bukan dikalangan kami` kerana hanya memakai baju t-shirt ke meeting.Apa semua ini.Bagi saya jelas.Selagi menutup aurat.Ini menunjukkan si penyebarnya mungkin masih tidak faham akan hakikat sebenar pemakaian kot.Tapi saya rasa itu gurauan( husnu zan) walaupun terguris gak la.


Moga kita tidak terhina dengan identiti islam.Jati diri kuat..dimana sahaja pergi disitu dia membin budi.Hingga ke mati ,tak pernah berhenti.

Post a Comment

Previous Post Next Post