Dentuman gendang pilihanraya berbunyi.Paluan kuat sudah menghangatkan suasana di UM sekarang.Tarikh penamaan calon adalah pada 14 januari 2009 dan pengundian adalah pada 19 januari 2009.Pilihanraya kampus terutamanya di UM sememangnya agak sedikit hambar.Penggerak mahasiswa atau GERAK yang dahulunya dikenali ASPIRASI telah menanggal buang nama lama atas sebab tertentu.Mungkin nama ASPIRASI sudah busuk dek perlakuan pimpinan terdahulu dan dikenali sebagai sebuah badan politik kampus yang tidak profesional kerana dinaungi oleh HEP.
GERAK kini menggunakan proksi Sekriteriat presiden kolej-kolej kediaman UM untuk menarik undi pelajar yang rata-rata adalah menginap di kolej.GERAK sememangnya nama baru tetapi bagi saya ianya tidak ubah seperti ASPIRASI dahulu.Namanya sahaja yang berubah.Sikap dan tingkah lakunya masih seperti dahulu.Elemen paksaan saya kira pasti terus mekar dalam pilihanraya kali ini.
Namun begitu,GERAK UM ini kelihat agak lesu kerana kurang mendapat sambutan di banyak kolej-kolej kediaman dan pelajar sekali.Saya merasakan perlawanan kali ini mungkin memihak kepada Pro Mahasiswa.
Pro Mahasiswa pula kelompok yang inginkan perubahan yang menuntut agar universiti ini disamaratakan dengan erti kata lain menginginkan idealisma mahasiswa juga diambil kira dalam aspek pembangunan universiti.Trend pengundi luar yang banyak memenangkan Pro M saya kira kali ini tiada masalah yang akan dihadapi.Penghuni kolej-kolej kediaman kini pula sudah sedikit sebanyak mula menerima Pro M sebagai wadah mereka.Selepas ASPIRASI dulu hanya cakap sahaja.Tak serupa bikin.
Nasihat saya kepada pengundi
Anda penentu jatuh bangun sistem demokrasi kampus.Nilailah dari pencapaian PRO M dan GERAK.Berjuanglah kerana KEFAHAMAN bukan kerana PERUTMU DAN KEPENTINGAN PERIBADI.Buatlah pilihan yang terbaik.Undi anda sangat BERHARGA!
Lihatlah akhlak mereka yang akan anda pilih,kerna akhlak itulah kata-kata benar yang bakal terzahir dalam kepimpinan
Orang yang BERDOSA tidak akan membuat amalan sunat kerana merasakan dirinya tidak BERDOSA tapi mereka yang Kurang DOSAnya akan membanyakkan amalan sunat kerana merasakan dirinya BERDOSA
JOM MENGUNDI
Post a Comment