Peliknya pelajar asing


Salam.Mengambil kesempatan masa yang ada ingin ku coretkan sikit mengenai situasi kampus.Sebagaimana sahabat ketahui ,pengambilan pelajar asing yang ramai sudah menjadi suatu fenomena di semua universiti tanah air kita ini.


Bukanlah penentang kepada kemasukan mereka,malah saya alu-alukan bahkan saya juga punya teman dari indonesia,somalia dan iraq.Cuma rata-rata mereka yang saya jumpai terutama lelaki sememangnya menaruh harapan besar hetika di malaysia.Iaitu ingin mengahwini gadis tempatan.Atas alasan ingin mendapat hak penduduk tetap.Saya bukanlah anti kahwin warga asing cuma saya cukup sedih bila nak kahwin kerana semata-mata nak dapat hak kerakyatan.


Pelajar asing wajar mempelajari dulu budaya malaysia dengan sedalamnya dan insyaallah bila dah mahir tentang budaya kita..tiada halangan untuk mengahwini warga tempatan pun.Nabi sendiri mengsyorkan supaya kahwin dengan orang-orang jauh dari pertalian kita.


Semoga terus tsabat(tetap) dalam jalan ALLAH walauapa bangsa kita sekalipun.Ikhlaskan niat.

Post a Comment

Previous Post Next Post