Salam.Hangat malam tadi adalah mengenai kisah penjenayah perang terkemuka yang masih bebas iaitu George W. Bush.Presiden amerika.
Apa terjadi padanya?Kesian sungguh ...akhirnya isyarat kebencian secara direct telah disampaikan oleh wartawan Al Baghdadi Television , Muthathar al-Zaidi melalui lemparan kasutnya.
Mungkin lemparannya tidak kena tapi sudah cukup memalukan Bush and the geng betapa mesej kebencian diluahkan oleh masyarakat iraq sendiri.Takziah buat Bush ...haha..Moga anda menyedari akan perbuatan yang anda lakukan dengan membenarkan perang di Iraq akan membuatkan anda hidup dalam keadaan tidak aman.
Itulah sedikit balasan atau mesej buat mereka yang zalim dalam pemerintahan.Itu juga mesej kecil permulaan kepada mesej-mesej besar yang menanti Bush dan sebagai ingatan buat mereka yang tidak meletak sesuatu pada tempatnya yakni ADIL.Jadilah pemimpin yang adil bukan Zalim kerana anda akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah dihari manusia tidak dapat melarikan diri nanti di padang MAHSYAR.
Post a Comment