Awas berhala di rumah anda!


Salam.Hari ini kita bicarakan tajuk yang cukup lama namun dalam versi baru.Jika di sekolah dahulu,bila bercakap tentang berhala..maka tergambarlah di fikiran Latta dan Uzza (berhala sembahan kafir Quraisy) ataupun patung berhala sembahan penganut Buddha ,Hindu dan seumpamanya yang menjadikan makhluk atau batu atau pokok sebagai sembahan.



Disebalik kelekaan kita dengan perubahan arus semasa ,tanpa disedari berhala ini masuk hasil percaturan licik golongan kuffar yang berselindung di balik topeng hiburan.Nak tahu apa?



TV.Itulah berhala zaman moden.Kenapa saya katakan begitu,kerana dengan menonton tv membuatkan kita leka ..kadang-kadang sanggup tinggalkan waktu solat semata-mata ingin menonton rancangan kegemaran.



Percaya atau tidak terpulang pada anda sebagai penilai.Tapi harus diingat..dalam televisyen juga ada kebaikannya.Namun sedikit sahaja kebaikannya.Ketaksuban dan kegilaan kita untuk menonton rancangan tanpa mempedulikan tuntutan agama boleh membawa kepada dosa.Waktu solat tidak dihiraukan.Ianya berlaku kepada kanak-kanak zaman sekarang.Asyik terperap sahaja dirumah.Bila tiba hari raya,ramai memilih untuk stay dirumah kerana rancangan menarik yang disediakan.Sedangkan tuntutan ketika itu adalah kita menziarahi kawan-kawan dan jiran tetangga.



Walaupun menontonya tidaklah sampai kepada syirik kepada Allah ,namun ianya menyebabkan sesetengah dari kira ini leka dan lalai.Tidak hairan lah..lihat sahaja isi kandungan rancangan TV.Berapa peratuskah yang diisi dengan nilai-nilai ilmu dan akhlak islam?Tepuk dada tanya Iman.Moga kita berhati-hati dengan berhala jenis ini.

2 Comments

  1. Assalamualaikum..
    Salam ziarah.
    Saya berpendapat seperti saudara. Ada baca post saya? The Evils Of Television? Kalau belum jemput ya? Saya pun dulu TV addict. Memang addict habis. Sampai saya study di South Africa. Di sana ustad and ustazah nasihat supaya tinggalkan budaya tgk TV. Alhamdulillah, baru sekarang saya faham kenapa saya patut tinggalkannya...Let us share the concern ok? I'm so happy about what u have written.

    ReplyDelete
  2. hmmm....i have no words to say as i do not agree with the discussion.

    'Ilmu ialah hikmah yang hilang dari tangan2 orang Islam'. Jika barat dapat mengajar sesuatu maka kita boleh mencontohi mereka dan jika TV boleh memberi kita sesuatu maka tidak ada salahnya.

    Dont be too rigid upon something~

    If so, internet will play the same role laa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post