Salam.Agak lama rasanya menyepi atas kesibukan hal dunia yang sentiasa menghambat diri.Atas kesempatan waktu yang sangat terbatas ini ingin saya kongsikan 4 perkara yang wajar kita lakukan setiap hari.Bukan lah wajib tapi gagahkan diri untuk melakukannya.Untuk menjauhkan diri dari kejahatan syaitan dan moga-moga ia menjadikan diri lebih dekat dengan Allah yang memiliki segalanya.
Pertama:Bacalah al quran setiap hari.Paling sikit 1 muka surat.Lagi elok kiranya kita mengetahui maksudnya sekali.Itu yang paling baik.Lihatlah umat islam,berapa yang membacanya...namun hanya sedikit yang mengambil iktibar darinya.Oleh itu jom sama-sama menjadi yang mengambil iktibar itu.Ameen.
Kedua: Banyak zikir mengingati Allah.Saya kira sahabat sekalian sudah pasti melakukannya.Cuma sekadar untuk mengingati diri ni.Zikirlah ketika duduk ,berdiri,menunggu bas,dalam kenderaan dan dimana sahaja.Sebutlah sebanyaknya kalimah allah yang agung.Sebutlah SUBHANALLAH ,WALHAMDULILLAH,WALAILAHAILLALAH sebanyaknya sekurang-kurangnya 100 di pagi dan petang.Selawat kepada nabi 100 kali di pagi dan petang.Istighfar juga begitu.
Ketiga: Ucaplah kebaikan dan amar maaruf nahi munkar(ajak kepada kebaikan ,tegahlah kemungkaran).Jom kita tukar topik harian dari cerita kosong kepada cerita mengenai Allah.Berilah ilmu kepada semua orang.Manafaat masa seharian dengan cakap-cakap yang bermanafaat.Jom berusaha buat SETIAP HARI.
Keempat:Ziarah dan berjumpa masyarakat dan sahabat.Jom kita spend masa sikit di petang hari dengan jumpa sahabat lama mahupun masyarakat.Main bola sekali pun jadilah.Asalkan ukhwah itu terjalin dan terus berpanjangan.Mesejlah mereka yang kita baru kenal atau pun yang dah lama tidak di mesej.
Akhirnya perlu sahabat ingat bahawa bukan sahaja tiga perkara ini kita buat setiap hari .Namun banyak lagi.Namun 4 ini dinyatakan sekadar untuk mengingati antara satu dengan lain.Jadikan ia suatu kemestian.Mari kita bersama majukan diri.
Post a Comment