Seks sudah menjadi santapan remaja kini bagi menggantikan santapan rohani.Itu ayat yang dapat saya ungkapkan.Pengan gejala seks sudah merebak ke akar umbi masyarakat terutama golongan remaja merdeka sekarang.Peluk,cium,aksi lucah,bogel dan banyak lagi aksi-aksi luar biasa sudah menjadi mainan remaja sekarang.Apa yang dapat kita sumbangkan selaku orang yang memahami akan agama?Berzikir di surau-surau atau perlu kita bertindak lebih agresif?
Dunia hiburan atau dunia galmor sememangnya menjadi rujukan dan ikutan semasa remaja sekarang.Perkahwinan Mawi-Ekin menghiasi dada akhbar sekarang.AF,Malaysian Idols dan banyak lagi perkembangan dunia hiburan yang tumbuh dan maju dalam kelajuan sangat pantas.Remaja sudah mula terikut-ikut dengan gaya atau style idol mereka.Kalau pembawaan yang dibawa oleh artis adalah dengan akhlak yang terbaik,alhamdulillah.Namun yang jadi adalah terbalik.Dengan budaya kuning,gaya pemakaian menjolok matanya sudah cukup menjadikan remaja terikut2 dengan mereka.So sebagai renungan kita bersama .Mari kita fikir apa yang telah kita lakukan untuk remaja-remaja seumpama ini.Apa yang telah kita buat untuk mereka ini?Tepuk dada tanya iman...
Post a Comment