Indahnya Hidup ber`keluarga`...



`Indahnya hidup berkeluarga`..amacam ?mengancam tak tajuk ni.

Tajuk ini dinukilkan bukanlah kerana ingin menceritakan keindahan berumah tangga serta kelebihan yang akan anda dapat jika melaluinya.Cuma ia sekadar penyedap ayat dan penarik minat pembaca sahaja.Biasa lah macam promoter.Dah biase iklan-iklan ni.

Berkeluarga disini yang saya maksudkan adalah ber`usrah`.Kan keluarga gak kan.


Usrah sememangnya antara elemen penting dalam melahirkan jiwa rabbani dan juga melahirkan fardu muslim.Dengan perkongsian ilmu antara junior dan senior sudah cukup menggambarkan betapa bermanafaat nya group ini.

Tambahan pula diisi dengan ilmu-ilmu baru.Pasti bermanafaat.Dan usrah tidak boleh dilihat dalam bentuk `the power of circle` only.Tapi main bola pun boleh dijadikan usrah.Penerapan budaya usrah sebenarnya memberi saham akhirat tanpa disedari.

Macam MLM gak.Tup-tup dah kaya.Itu lah sebenarnya peri penting usrah .Sabda nabi: Sampaikan walaupun satu ayat.





So,ini terbukti,usrah boleh dijadikan medan untuk anda menabur budi dan pahala untuk akhirat.Dan bukan usrah sahaja yang mampu mengahsilkan MLM cara ni.Banyak lag cara lain.Kerna ibadah itu luas.Anda yang menyempitkannya.

Di akhir ini mari kita same2 insafkan diri dan bergerak kehadapan menabur budi dan menabur ilmu moga dapat dituai pahala di akhirat nanti.

1 Comments

  1. Tajuk cam mengancam..hehe

    Usrah tuh penting. Jika bergerak seorang, bila jatuh, jatuh semdiri. Bila berteman, kadang orang tolong menunjuk jalan. Bola pn usrah ek?
    hehe...
    Sudah tentunya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post