Allah berfirman dalam surah al baqarah yang bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan keatas kamu berpuasa,sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu,moga2 kamu menjadi orang yang bertakwa".Ayat 183 .Jelas dan nyatalah pada kita bahawa dengan menjalani ibadah puasa ni ,akan melahirkan modal manusia yang bertakwa diakhir universiti ramadhan ini.
Dan kita sebagai muslim sewajarnya mengambil peluang yang diberikan allah ini dengan sebaiknya.Apakah kita sudah mengkhatamkan al-quran?Apakah kita sudah berzikir hari ini?Apa yang kita telah sedekahkan?Tepuk dada tanya iman.Ramadhan menjadikan kita lebih sayang dan cinta untuk berbuat ibadah.Rasa sayang jika tidak membaca al-quran dan ibadah lain.
Jangan jadi seperti manusia lain yang rakus membuat dosa baik dari segi dosa mulut nya,tangan nya dan anggota lain.Jadilah manusia yang mengambil setiap saat dari umurnya untuk ibadah.Dan jangan terlalu banyak sangat tidur.Kerana terlalu banyak tidur akan melemahkan otak dan membuang masa.Alangkah baiknya masa yang ada diisi dengan berbuat amalan kebaikan lain bahkan masa boleh dimanafaat untuk menelaah pelajaran.Ia jga dikira ibadah selagi mana diniatkan kerana allah taala.Moga kita tergolong dikalangan hambanya yang bertakwa.Ameen.
Post a Comment