Bila pokok- pokok berbunga yer?Itu persoalan kita semasa kecil dahulu.Untuk pengetahuan semua pokok berbunga pada waktu malam.Dimana pembungaan pokok berdasarkan kepada tahap pencahayaan seharian.Pencahayaan bagi pembungaan pokok( evoking flowers) terbahagi kepada 2.Yang pertama SHORT DAY PLANT dan LONG DAY PLANT.
Short Day Plant( SDP) adalah dimana pokok jenis yang memerlukan tempoh siang yang pendek dan waktu malam yang panjang.Dengan keadaan sebegini barulah pokok tersebut akan berbunga.Contoh strawberi,padi,jagung dan pokok kapas.Ia tidak akan berbunga jika anda menanamkannya di kawasan yang mempunyai waktu malam yang pendek.Ini kerana ia adalah pokok yang dalam jenis SDP.
Manakala Long Day Plant (LDP) adalah dimana pokok akan berbunga jika waktu siang adalah panjang berbanding waktu malam .Contoh pokok jenis ini adalah pokok barley,gandum dan oat.Ia hanya akan berbunga jika ditanam dikawasan yang mempunyai waktu siang yang lebih panjang dari waktu malam.
Maha besar allah.Diciptakan waktu malam untuk manusia berehat dan diwaktu manusia sedang enak tidur dikala waktu itu pokok memainkan tugasnya pula sebagai makhluk allah untuk mengembangkan zuriatnya dengan pembungaan serta menghasilkan makanan buat manusia diwaktu tuaiannya di sebelah pagi.Hebat allah.Inilah salah satu perkaitan antara tumbuhan dan manusia.Subhanallah.
salam. mungkin slps ini boleh dijelaskan pula kaitan peristiwa isra' mi'raj dr perspektif sains?
ReplyDeletePost a Comment