Semester Khas Sebagai Medan


Alhamdulillah.Setelah hampir habis belajar dalam sem khas ni, maka exam pun mejelang tiba.Persediaan dalam menghadapi setiap peperiksaan sangat penting.Tambahan bagi mereka yang belajar di universiti.Satu masalah yang sering menghantui remaja melayu kita adalah persediaan untuk exam dibuat pada saat-saat akhir.Mungkin mereka terlalu selesa dengan kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan.Semuanya ditaja menyebabkan ada segelintir mahasiswa yang acuh-tak acuh dalam menghadapi exam.


Memanglah exam itu penting.Tapi yang paling penting adalah ilmu yang kita perolehi.Exam adalah medan untuk menguji sejauhmana penerimaan kita terhadap pelajaran yang diperolehi.Jika kita masih tidak dapat memperolehi gred yang tinggi tidak salah jika disimpulkan bahawa kita tidak paham dengan sebenar apa yang yang ditanyakan dalam exam.


Semester khas atau short sem sangat pendek.Hanya dengan 7 minggu ,semua topik di`compile`kn.Mana tak bnayaknya.Jika satu minggu hanya belajar 2 jam kuliah untuk semester-semester normal bagi sem khas ianya diganda dua.Means 1 minggu tempoh belajar adalah 4 jam.


Namun pengalaman belajar yang `pack` dengan lab serta kerja-kerja `luar` yang banyak pasti mengajar kita erti menghargai masa.Sebenarnya masa lapang tidak wujud.Ini kerana ,jika difahami betul-betul role kita ketika di universiti masa pasti tiada masa lapang.Pasti masa lapang akan dipenuhi dengan tugasan-tugasan lain yang jauh lebih penting.


Oleh itu jangan zalimi diri kita dengan mengabaikan ruang masa yang di beri ALLAH kepada kita.Saya tertarik pada sebuah hadis nabi SAW tentang penzaliman terhadap saudara.Mungkin tiada kaitan pun .Moga hadis dibawah memberi manafaat kepada saudara/ri:


Dr. Imam Al BUkhari meriwayatkan bhw Rasulullah SAW bersabda:


"Sesiapa yang pernah menzalimi saudaranya hendaklah diselesaikan(di dunia) kerana (di akhirat) tidak ada dinar dan dirham,sebelum kebaikannya diambil dan diberikan kepada saudaranya,lalu jika dia sudah tidak punya kebaikan,maka dosa saudaranya akan dilimpahkan kepadanya"






Post a Comment

Previous Post Next Post