Rawatan Stress







Setiap perkara yang dizahirkan oleh tubuh sama ada dalam bentuk psikologi, karektor, gaya pemikiran dan tingkah laku, semuanya akan melibatkan organ-organ tertentu. Kawasan yang terlibat dengan stress atau tekanan perasaan (perasaan rasa tertekan) ialah Medulla Oblongata yang terletak di belakang tengkuk. Jika terasa sakit belakang kepala atau belakang tengkuk hingga ke bahu atau sendi lengan, ia menunjukkan kawasan kawalan stress sedang lemah. Kelemahan ini menyebabkan seseorang tidak ada keupayaan untuk mengendalikan sesuatu tugas atau keadaan persekitaran melebihi daripada satu perkara.Jenis pekerjaan atau tugasan atau sesuatu situasi bukan punca kepada terjadinya stress. Misalnya ada dua orang pekerja bekerja di dalam bilik pejabat yang sama dan melakukan tugas yang sama serta dalam persekitaran yang sama. Tetapi seorang mengadu stress, tetapi seorang lagi tidak. Ini menunjukkan pekerja yang mengadu stress tidak ada keupayaan untuk menangai keadaan persekitaran (tempat kerja) manakala seorang pekerja lagi boleh menanganinya dengan mudah.








Jenis Stress




1. Stress akibat tekanan dead line atau tempoh tamat. Biasanya saat persediaan untuk menghadapi peperiksaan atau ingin membuat presentation. Tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat disempurnakan mengikut tempoh waktu atau jadual yang ditetapkan akan menjadi punca stress. Tanda masalah ini dapat dirasai di bahagian belakang tengkuk rasa seperti "silap bantal" setelah bangun dari tidur.








2. Stress akibat kerja harian. Rasa sakit ini seperti terasa tengkuk patah. Suka menggeleng-gelengkan kepala seperti mematahkan leher hingga berbunyi. Ini juga bermaksud ada banyak angin dalam badan.




3. Stress akibat kesakitan seperti kemalangan, demam secara tiba-tiba atau menerima berita yang megejutkan. Sakit ini dapat dirasai di bahagian sendi lengan atau kawasan Cervical (terutamanya C7).




Ringkasan Sympathetic Dan Parasympathetic




Faktor PemakananPunca kelemahan di bahagian Medulla Oblongata ialah kerana Pankres terbeban dengan diet yang mengandungi urik asid. Antara makanan yang boleh meningkatkan urik asid ialah;



1. Makanan ringan (keropok, mee segera)2. Kopi, terutamanya neskefe.3. Makanan segera (KFC, McDonal, Pizza).4. Makanan yang mengandungi perisa (mionis, sos, kicap, MSG, ajinomoto) .5. Roti (kecuali roti yang dibuat tanpa yis spt roti prancis) .6. Daging ayam.7. Minuman bergas / bikarbonat.8. Makanan berkoko.




Selain makan yang sememangnya mengandungi urik asid yang tinggi di seperti yang disenaraikan di atas, adab atau cara pengambilan makanan yang tidak sihat juga akan menjadikan kadar urik asid bertambah atau menukarkan makanan menjadi karbohidrat dan lemak yang berasid.



Antara amalan tersebut ialah;1. Makan bersulam air.2. Makan sambil menonton TV cerita sedih atau menyakitkan hati.3. Makan ketika sedih.4. Makan sambil memikirkan sesuatu masaalah atau konflik.5. Tidur serta merta selepas makan.6. Heavy smooker (kerap merokok dalam sehari).





Petua Adab Makan

Oleh itu, dengan mengurangkan pengambilan makanan ini, insya Allah akan dapat mengurangkan bebanan pankres untuk memproses dan meneutralkan urik asid (melalui rembesan glikogen).Urik asid boleh dineutralkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah1. Mengambil makanan yang beralkali antaranya ialah kurma, minyak zaitun, susu kambing, daging kambing, timun, buah delima, buah kismis.2. Kini terdapat alat penapis/pemproses air yang menjadikan pH air beralkali. Di pasaran, agak sukar menemui air alkali yang dibotolkan. Air RO dan air suling adalah neutral dan tidak digalakkan.

Amalan yang mengurangkan stressGlikogen (yang berperanan meneutralkan urik asid) dan neuron Medulla Oblongata boleh ditingkatkan keupayaannya dengan amalan atau petua seperti berikut;



1. Amalkan mandi air sejuk sekurang-kurangnya 3 kali sehari (mandi 2 kali sehari tidak berkesan).2. Amalkan minum air sejuk berais, kunyah ais batu selepas minum akan meningkatkan penyusunan neuron di Medulla Oblongata.
3. Dapatkan tidur yang lena dan tidur awal pada waktu malam untuk mempertenagakan Medulla Oblongata.4. Tidur Qailullah (tidur sebentar pada waktu siang) akan mengoptimumkan penghasilan glikogen oleh pankres.



Amalan ini semua adalah penyelesaian stress dari sudut holistik dan amat berkesan. Mereka yang dapat melaksanakan amalan ringkas ini dengan sedirinya akan memperoleh idea yang pantas, ilham dan gerak rasa (instinct) untuk mengatur dan mengurusakan diri dan persekitaran.Faktor GeomensiStress juga bersangkutan dengan hukum fizik yang berkaitan dengan Teori Letakan atau Geomensi. Letakan atau susun atur perabut atau binaan persekitaran mempengaruhi aliran udara serta aruhan elektromagnetik terutama ion-ion elektron (bercaj negatif). Ion-ion elektron berperanan untuk membantu neuron di Medulla Oblongata untuk tersusun dan bersedia untuk mengatur dan mengendalikan impulse (isyarat) dengan berkesan.



Untuk menangangani stress, kita perlu berada dalam suasana yang boleh mengaruhkan ion-ion elektron di dalam udara persekitaran. Berikut ialah beberapa berkara yang boleh diambil perhatian untuk menangai stress dari faktor geomensi.



1. Membuat susun atur fail/peralatan kerja.2. Mengemas dan mengelakkan persekitaran yang kotor.3. Duduk dengan cara yang sopan dan teratur.4. Tidur di tempat yang bersih dan teratur.Penyusunan yang teratur bermaksud bersemetri dan seimbang. Susunan yang serong (kononnya stile) masih dianggap sebagai tidak teratur.Faktor WarnaSetiap warna mempunyai pengaruh terhadap karektor dan organ. Oleh itu, pemilihan warna sejuk akan membantu menangai stress dengan berkesan.




Antara warna sejuk ialah;
1. Putih
2.Pink
3.Violet
4.Indogo
5.Biru
6.Hijau







Warna panas yang wajar dihindari ialah
1.Kuning
2.Oren
3.Merah



Penggunaan warna ini lebih sesuai dijadikan sebagai pakaian dan warna peralatan atau perabut dalam rumah seperti langsir, selimut atau cat dinding.






Warna Hari Resonan

Behavior TherapyPunca kelemahan Medulla Oblongata biasanya disebabkan oleh Pankreas yang turut berfungsi menjaga karektor "Keperihatinan". Falsafah "Keperihatainan" atau karektor yang dikawal oleh Pankreas ialah "Memikirkan sesuatu terhadap orang lain". Pecahan "Keperihatinan" amat luas, ia mudah dikesan atau memerlukan muhasabah yang tinggi untuk mengesannya. Ia boleh jadi jelas atau amat tersembunyi jauh di dalam jiwa seseorang. Antaranya pecahannya ialah;1. Cemburu2. Tidak senang melihat orang lain lebih daripadanya3. Rasa tercabar4. Geram5. Hasad6. DengkiSelain daripada yang disenaraikan di atas, sikap yang seumpamanya adalah menurut falsafah "Memikirkan sesuatu terhadap orang lain" atau ringkasannya "Keperihatinan". Ia boleh jadi menyebabkan sikap negatif tertonjol atau boleh jadi membawa kesan yang baik terhadap diri. Contoh sikap negatif ialah sehingga boleh menjadikan seseorang itu bertindak untuk menjatuhkan orang lain (yang difikirkan itu). Contoh sikap positif ialah usaha untuk mengatasi orang lain (yang difikirkan itu) dengan cara ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh tanpa perlu mengganggu orang lain (yang difikirkan itu).




Pankreas dan organ-organ bahagian penghadaman yang lain semuanya berkaitan dengan gaya pemikiran, keupayaan berfikir, ketajaman berfikir, penghayatan dan apa sahaja yang melibatkan metal. Pemikiran yang baik dikawal oleh keikhlasan. Keikhlasan adalah penawar kepada masalah Pankreas.





Banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi punca stress dan terdapat banyak juga langkah untuk mengatasinya. Antaranya seperti faktor numerologi (Hukum Kronologi Berulang atau ilmu pernomboran) atau faktor karektor .









Dipetik dr: Rawatan kesihatan

5 Comments

  1. saya pernah kehilangan satu2nya adk perempuan saya n saya selalu berangan yg saya akan selalu bersama dgn dia tp pada pertengahan tahun 2009 saya telah berjmp dgn seseorg yg saya rasakan seperti adk sy sendiri...dan sejak dr itu sedikit demi sedikit ingatan sy pd arwah berkurangan dn saya mula menerima yg adk sy telah tiada ttpi Allah mberikn sy peluang kedua dgn wujudnya dia dlm hdup sy tetapi sy xtau ap salah sy sbb sejak awl bulan mac 2010 sehinggalah sekrg tiada kabar dr dia,saya sering mghntr msg ttp tiada sebarang jwpan & itu mbuatkan saya kmbali pada dahulu...saya betul2 frust n tertekan....ap yg patut sy lakukan krn sy takut sy akan gila ttp sy seakan2 tiada jalan keluar

    ReplyDelete
  2. Salam saudara/i,

    terima kasih atas perkongsian saudara/i. Setiap manusia pasti akan mati termasuklah saya sendiri. Tiada yang terlepas dari mati. Ingatan pada seseorang yang telah meninggal sememangnnya sukar untuk dilupakan.Mencari pengganti lain bukan bererti kita melupakannya. Pandangan saya,berkawanlah dengan ramai orang, insyaallah sedikit demi sedikit kita dapat menerima kehilangan orang yang kita sayangi. Jangan sayang pada hanya seorang, tapi sayanglah pada ramai orang. Nescaya kita x sunyi jika salah seorang hilang. Hargailah yang masih hidup sebelum mereka pula dijemput Allah.Anggaplah setiap orang yang kita jumpai hari ini merupakan saat terakhir kita berjumpa dengannya. Pasti kita akan melayan dan menghargainya. Bersahabat biar beribu...bersahabat pula dengan yang solehah/soleh..pasti mereka bawa kita bersama kearah yang baik..ameen

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum..
    Sebenarnya sya kurang pasti dari mana nak mula cerita sya ini. Apa yg pasti sya menghidap penyakit ganjil yg sampai sekrg sya pun kurang pasti apa puncanya.
    Sya menghidap penyakit ini dari January 2011 hingga lah sekrg. Sya sering rsa pening (kepala berat), sakit belakang,sakit dada susah nak bernafas, jantung berdenyut laju, berdebar2, ketakutan seolah2 sya akan mati...
    Sya dah ulang alik ke hospital & klinik tapi doktor kata sya cuma stress.Hasil check up dan ujian darah doktor kata sya ok.
    Akhirnya sya cuba berubat cara kg pulak, sya berubat kat Sabah kerana family sya kebanyakan ada di Sabah. Hampir semua perubatan kg mengatakan sya telah terkena "Buatan Org"...
    Selepas balik dari Sabah,penyakit sya agak berkurangan, Syukur Alhamdulillah...tapi kekadang sya masih rasa perasaan tak sedap hati serta takut, risau, gelisah tanpa sebab. Sya juga kekdg pening...
    Ntahlah...sya sendiri tidak pasti apa penyakit sya..sya cuma ingin kongsikan bersama sesiapa sahaja. Manalah tau ada org yg mempunyai penyakit yg sama seperti sya...

    ReplyDelete
  4. Untuk sakit saudara, saya cadangkan saudara mengunjungi mana-mana pusat rawatan islam seperti Darul Syifa. Mungkin ada kaitan dengan gangguan. Apa yang saya belajar, dekatkan diri dengn Allah, jauhkan diri dari dosa-dosa..banyakkan zikir. Bacaan amalan adaah ayat kursi.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Saya tertarik dengan kisah TANPA NAMA dari Sabah mengenai masalah stress yg dihadapi oleh beliau. Sebenarnya apa yg berlaku ke atas beliau adalah sama dengan apa yg berlaku ke atas saya sekarang, hinggakan saya diberhentikan kerja. Begitulah dugaan yg saya hadapi selama ini.

    Sudah puas saya berubat sama ada secara moden atau pun tradisional, kalau nak dikira kos tu dah beribu-ribu, pendek kata ke mana saja org ckp saya akan pergi, yg penting berusaha, ikhtiar dan bertawakal dan sekarang alhamdulillah saya dah bertambah sihat.

    Saya ingin berkongsi dgn sahabat2 diluar sana tentang masalah stress, sebenarnya masalah tersebut datang daripada kesilapan kita sendiri dalam menjalani kehidupan seharian dan skrg bkn masa utk kita memikirkan kembali apakah masalah tersebut atau kesilapan tersebut. Apa yg penting sekarang kita kena banyak bertaubat, beramal dan kembali kepada al-quran dan sunnah...
    insyaAllah sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya makhlukNya yg lemah ..... percayalah itu aje jawapan kepada masalah stress.

    Jadi sama-samalah kita berdoa kepada sahabat2 kita yg mengalami masalah yg sama supaya kembali sihat seperti sediakala dan kembali kepada jalan yg benar, jalan yg diredhai olehNya..ameen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post