Kenduri arwah…jangan segan-segan



Hari ni merupakan hari kedua kat kg kesayangan.Indah sungguh kg ku.Tiba di kota bharu jam 5.30 pagi.Letih badan masih terasa.Tapi apa kan daya cuti terpaksa dipendekkan kerana kelas ari isnin ni.Morfogenesis dan fiologi tumbuhan..Wah..tak selesa dibuatnya..assignment tak siap lagi.

Semalam kenduri arwah atuk..Dah lebih 3 bulan atuk meniggalkan aku n family.Ingat lagi atuk minta ku sambung ke mesir.Mungkin die lihat aku ni berbakat jadi ustaz.Tapi aku punyai prinsip dan cita-cita ku sendiri.So tak dapat la nk tunaikan.Mungkin adik-adik ku akan ke sana(Insyaallah).



Kenduri dibuat kat umah nenek kat pasir mas.Sempat ku ajak teman rapat kat UM iaitu na-q.Maklumla datang melawat kelantan.so kene la singgah umah.Kesian die.Bukan main segan lagi.. Gelabah tak terhingga bila tiba kat majlis.Mana Tak nya…tak pernah datang majlis kenduri arwah kat kelantan dan tak mengenali sesiapa.


Sempat solat kat surau kg atuk
Jumpa Ayah Wan gitu.pak sepupu .Sempat bergurau tentang kahwin.Erm susah gak nk jawab.Orang tua katakan.Nasib baik ada `teknik` nak elak…Tak pa jodoh ditangan allah tp kene usaha.x gitu.Fuh cuak gak..

Berbalik pada kenduri tadi.Bukan main segan lagi sahabat aku ni.Dah macam tetamu kehormat plak..Mlau mengalahkan perempuan( na q jangan marah yer..he4)Kadang-kadang perasaan malu kene dibuang.Jadi talkative tak bermakna kene sentiasa bercakap.Perlu mesra dan cepat adapt dengan persekitaran.Sebagaiman allah ciptakan `sesumpah`.


Dimana die berada disitu dia berubah(warna la).Itulah kehidupan manusia.Kadang-kadang kita jumpa penceramah yang berceramah bukan main lagi.Bab ukhwah mantap..Tapi bila ke tempat baru susah nak buat ukhwah..Alasan sikap ,sering meniti dibibir-bibir orang sebegini.Bagi aku ..dimana anda berada try to learn.Adapt with the environment..Its the best.


Tertari dengan hadith drpd nabi SAW.


Dari abu hurairah ra katanya,saya mendengar Rasulullah bersabda:” Sesiapa yang ingin rezeki yang diperbanyakkan dan umurnya dipanjangkan,hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”


-Hadith shahih Bukhari


Dari nukman bin basyir ra katanya: rasulullah SAW bersabda: “ Anda lihat orang-orang beriman itu dalam saling kasih mengasihi,saling cinta mencintai dan salin tolong menolong seperti sebatang tubuh.Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit.Seluruh tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas”.


-Hadith shahih bukhari


So jangan segan-segan lagi bila berada ditempat baru.Bina `link` sebanyak mungkin..Moga yang menulis juga begitu.Amin.

1 Comments

  1. Dari abu hurairah ra katanya,saya mendengar Rasulullah bersabda:” Sesiapa yang ingin rezeki yang diperbanyakkan dan umurnya dipanjangkan,hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”

    salam tuan rumah. ni hambe datang nak bina link dan silaturrahim nih. semogo tuey hambo berjayo dan dimudohkey dale segalo urusey. nice blog. keep it up.
    wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post