Amru bin luhay bin qam`ah bin khandaf


Tahukah sahabat2 siapakah yang mula-mula menjerumuskan kaum arab ke dalam penyembahan berhala.

Sepanjang pembacaan saya yang sikit ni saya temui orang itu adalah Amru bin Luhay bin Qam`ah bin khandaf .Sila rujuk sirah ibnu Hisyam ada dinyatakan kisah ini pada m/s 77 dan dalam fiqh sirah jilid 1 Muhammad said ramadhan al buti m/s 43-44.

Bagaimanakah boleh terlintas oleh seorang pedagang untuk menyembah sesuatu yang tidak boleh memberi faedah dan mudharat ini?

Kisahnya bermula apabila Amru mengembara ke syam atas urusan perniagaan ,bila sampai di Maab dalam daerah Balqa` yang didiami suku kaum AMALIQ.Dia melihat kaum itu menyembah berhala.Lalu dimintanya untuk dibawa balik ke bumi arab untuk dijadikan sembahan.Lalu kaum tersebut memberi satu patung bernama `hubal` dan dia pulang ke makkah dan menjadikannya sembahan.

Begitu cetek pemikiran seseorang apabila tiada pedoman dalam diri.Untuk cerita lebih teliti sila rujuk buku yang disebutkan sebelum ini.Pasti sahabat dapat mengambil lebih banyak input yang berguna.

Tak hairanlah nabi SAW melihat dia mengheret berhala kayunya ke dalam neraka.

Post a Comment

Previous Post Next Post