Sedikit Bingkisan Diri


Tanggal 6 Julai 1986, seorang bayi lelaki dilahirkan di teratak buruk Kampung Bechah Semak.Diberi nama Muhammad Zulkamal anakda kepada seorang ayah yang tekun Safi`n bin Ismail. ~Yang mempunyai kesempurnaan~ maksud kepada nama yang diberi. Merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik.




Berasal dari sebuah keluarga sederhana di negeri pantai timur ,Kelantan.Diberi penekanan ilmu agama oleh ibu bapa tercinta sejak dari kecil.Mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Asuhan Tabika Islam(PASTI) ketika berumur 5 tahun kemudian berpindah ke Tabika KEMAS ketika berumur 6 tahun.Mendapat pendidikan formal ketika berumur 7 tahun di Sek Keb Penggu sebuah daerah ditengah kelantan ,Pasir Mas.

Mula terlibat secara aktif dengan segala aktiviti sekolah seawal darjah 3.Dengan penglibatan pertama dalam Pertandingan Bercerita Peringkat Zon dan kemudiannya wakil ke peringkat daerah.Menjadi peserta termuda pernah memenangi pertandingan bercerita peringkat zon.Kemudian menjawat jawatan pengawas ketika darjah 4 .Kemuadian mewakila zon ke pertandinagn bercerita ,pidato piala di raja dan syarahan agama.Juga mendapat naib Johan bercerita dalam bahasa inggeris.Ketika darjah 6 ,menjawat jawatan ketua kelas,ketua pengawas,ketua umum,ketua kelab seni lukis dan mewakili sekolah ke kejohanan ragbi sentuh peringkat daerah.

Melanjutkan pengajian ke Sek Men Ugama Arab Pasir Mas @ ( Maahad Muhammadi Pasir Mas).Sehingga tingkatan 3 kemudian menyambung pengajian ke Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.Disini penlibatan secara sederhana dititik beratkan.Menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Kemaskini rekod pelajar &kad metrik.


Pernah mendapat anugerah pelajar cemerlang PMR peringkat negeri dan anugerah pelajar cemerlang SPM .Meneruskan penglibatan dalam bidang akademik di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Menetap di kolej kediaman ke 11.Kemudian dengan berkat doa dan izin Allah dapat menyambung pelajaran ke Fakulti Sains dalam jurusan Bioteknologi.

Sekarang tinggal di Kolej kediaman ke 3 .Dan pernah mendapat anugerah Balai Islam dan banyak terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh MPMUM .contohnya Ajk Senam Robik Anti Dadah ,Peserta Kem kepimpinan dan peserta ke Simposium Islam Hadhari dan sebagainya.Juga aktif dengan aktiviti di kolej dengan keterlibatan sebagai penolong pengarah publisiti Balai Islam,Penolong pengarah Teknikal Islam hadhari,Floor rep,peserta kem kepimpinan ,timbalan pengerusi Kelab Usahawan .


Post a Comment

Previous Post Next Post